Jumaat, 31 Mei 2019

JENIS PELABURAN YANG BERISIKO RENDAH

Aktiviti pelaburan juga mempunyai risiko yang berlainan. Semakin tinggi risiko pelaburan, semakin tinggi anggaran keuntungan yang boleh kita perolehi. sebagai contoh pelaburan saham adalah pelaburan risiko tinggi. Namun begitu terdapat beberapa jenis pelaburan kategori risiko rendah yang lebih selamat dan pulangan dividen yang agak baik.

1. AMANAH SAHAM BUMIPUTRA (ASB)
ASB adalah salah satu jenis pelaburan yang selamat dan berbaloi. kadar dividen yang diberikan biasanya 6% ke atas pada setiap tahun. Dividen diberikan setahun sekali bergantung pada prestasi keuntungan. Dividen diberikan dalam bentuk pelaburan semula dalam akaun asb.

2. AMANAH HARTANAH BUMIPUTRA(AHB)
AHB adalah jenis pelaburan hartanah yang mematuhi syarak. kadar dividen yang diberikan biasanya sebanyak 2% ke atas bagi setiap kali pemberian. Dividen ahb diperolehi sebanyak 2 kali setahun. Dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank.

3.TABUNG HAJI (TH)
TH adalah jenis pelaburan yang berbaloi dan mematuhi syarak. kadar hibah yang diberikan adalah dalam lingkungan 1% sehingga 6%. Dividen th diberikan senyak setahun sekali. Dividen yang diterima adalah dalam bentuk pelaburan semula dalam akaun th.

4. PELABURAN KOPERASI BANK RAKYAT (KBR)
KBR adalah jenis pelaburan koperasi yang berbaloi. kadar dividen yang diberikan biasanya 10% ke atas. Dividen diberikan sebanyak setahun sekali. Dividen akan dimasukkan ke dalam akaun bank rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan